BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 13, 2011

Rahsia Kucing dan Kesihatan

Kucing adalah salah satu ciptaan terindah di muka bumi ini. Apabila sunyi, dialah peneman hati & bila sedih, dialah penyejuk hati. Kucing juga menghiburkan hati dengan telatah mereka. Ramai minat kucing sebab kucing ini sangat manja dan comel.

Kajian membuktikan kucing yang kita sayangi dan hargai sebagai teman sebenarnya mendatangkan manfaat yang besar kepada manusia. Antaranya:

* Kucing merupakan teman hebat dan ia kini dijadikan mod terapi,khususnya untuk warga tua dan warga cacat.
* Kanak-kanak yang membesar bersama kucing biasanya lebih berjaya dalam kerjaya dan perhubungan mereka dewasa kelak.
* Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94% daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang dewasa.
* Aksi membelai kucing telah terbukti berkesan menurunkan tekanan darah. Hasil tinjauan di Australia membuktikan memiliki haiwan peliharaan sama berkesan menurunkan tekanan darah seperti mengurangkan minuman beralkohol atau mengambil kurang garam.
* Pemilik haiwan peliharaan mempunyai tahap kolestrol darah yang lebih rendah, purata 2% lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
* Pemilik haiwan peliharaan menanggung risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding mereka tanpa haiwan peliharaan.
* Memiliki haiwan peliharaan dapat membantu proses pemulihan pesakit daripada serangan penyakit jantung.
* Pemilik haiwan peliharaan kurang diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.
* Pemilik kucing selalunya mempunyai kesihatan psikologi yang lebih baik daripada yang tidak memiliki kucing. Kucing memberi tuannya sokongan emosi khas dan merupakan teman yang hebat sambil menjauhkan gejala kemurungan keseorangan, kecemasan dan lain-lain.

Kucing sebenarnya baik untuk kita dalam memperbaiki tahap kesihatan dan merupakan teman sejati…. So, untuk yang takut takut dengan kucing tu, cubalah beranikan diri. Kucing sangat comel sebenarnya!

0 comments:

Nuff

No comments:

Post a Comment