BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 25, 2011

We, orang Msia have the most FB friends. Wouldn't it be great if we are all united & make Msia the FB capital of the world? #DiGiFBforall

Oh it's ON now! *shoves* BFF can wait for now! #Churp2race

Friday, April 22, 2011

Penyakit Tangan Kaki dan Mulut

Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala

Demam yang ringan
Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?

Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan

Tiada rawatan yang khusus.

Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan

Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
Jangan berkongsi barang-barang peribadi
Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?

Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
Letih/lesu
Kulit dan lidah yang kering
Resah gelisah (irritable)
Sawan
hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-

Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
Informasi boleh didapati melalui:

Pegawai perubatan /Pakar kanak-kanak
Klinik-klinik kesihatan
Laman web pengawalan dan pencegahan penyakit atau telefon no : 03-88833888
Familydoctor.org, kidshealth.org, health.am websites

Tips Berhenti Merokok

Mengapa saya harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
Mendapat asma

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
Meningkatkan deria bau dan rasa
Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
Meningkatkan kesuburan.
Meningkatkan tahap 'kelakian'

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

Tetapkan tarikh untuk berhenti
Yakin diri
Buatkan nota peringatan
Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
Sentiasa berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Gunakan terapi penganti nikotin
Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein

Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok

Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

Membasuh tangan selalu

Mandi dengan kerap

Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

Meditasi

Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Info sihat-Bahaya Merokok..

Artikel nie aku copy n past dari http://www.infosihat.gov.my/isusemasa.php?id=32...
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak

Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
Jagalah mereka, sayangi mereka.
Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma anda akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
Selamatkan diri anda dari mati pucuk
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
Bantulah diri anda.
Amalkan cara hidup sihat.
Jangan merokok.
Berhenti Merokok
Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
Luahkannya dengan cara positif.
Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk.
Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.

Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
Jauhilah diri dari asap rokok basi.
Belajarlah menyayangi jantung anda.
Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
Setiap sedutan membawa padah.
Kenapa harus meracuni diri?
Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokok

Sumber bahan kimia
Metanol Bahan Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa
Infoline berhenti merokok
03-8883 4400
www.infosihat.gov.my atau www.myhealth.gov.my

Aku tak rajin dan tak malas juga.

Aku memang malas giler minggu ni..malas semalas2nye....banyak keje la...aduh...suma la aku malas...nk on facebook pun malas..update blog malas...udate twitter malas..pe la yg aku rajin wat....isk2..

Monday, April 11, 2011

Khasiat Tomato Buat Pengantin

TOMATO kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan.Tomato yang berasal dari keluarga Sonanaceae mengndungi fruktosa,glukosa ,asid folik,pottasium,kalsium dan mineral garam.
Buat bakal pengantin, tomato boleh membantu untuk mencantikkan kulit. Selain untuk mlicinkan kulit,tomato juga berkesan untuk mengecilkan liang roma,mngurangkan jerawat dan merawat panyakit kulih. Elemen penyejuk yang terdapat di dalamnya mampu untuk menyejukkn kulit kasar manakala astrigen membantu menghapuskan minyak berlebihan..
Mengikut kajian terbaru di Amerika Syarikat pula mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi likopen yang bermanfaat untuk organ seks lelaki. Amalan memakan 10 biji tomato semnggu boleh mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan kaum lelaki sehingga 45%.
Manakali kajian All India Ins of Medic Sciences membuktikan bahawa tomato mampu menghasilakn sperma dan meningkatkan kualiti sperma..

Berjaga Malam Punca Kanser

Baru2 nie aku de baca satu majalah tu tentang masalah org yang suka berjaga malam...termasuk aku gak la..hehehe..
Dalam majalah ni ckp,
"mengikut penyelidikan terbitan The Lancet Oncology yang dilakukan oleh pakar kanser, namenyer Steve Richards yang menjelaskan bahawa bekerja syif malam akn mendedahkan individu kepada risiko prostat dan payu dara....Ini kerana individu yang bekerja di malam hari hingga subuh atau pagi hari memiliki ketidakseimbangan hormon sehingga mempengaruhi sistem kekebalan tubuh khususnya perkembangan sel2 otak"

So, buat suma org termasuklah aku sendiri krgkan la keje shif mlm n berjaga mlm...ni tuk kebahagian kita bersama..

Nuff